So, harini riri nak share pengalaman riri dan family bercuti di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang. Tempat percutian ala2 Perancis gitchuu.. Nak pegi Perancis betul-betul, belum mampu lagi so bercuti dekat Colmar ni pon jadik laaa..hehe
Percutian 3 hari 2 malam (3/7/2020-5/7/2020) ini ditaja oleh cik abe sebagai hadiah harijadi riri yang ke - 29.. Thank you sayang. Bukan biashe biashe yee cik abe nak taja percutian gini..😝
3hb July (Day 1) - Jumaat
Kami gerak lepas balik kerja. Kebetulan cik abe dapat balik half day haritu. So cik abe uruskan ambil anak dan masukkan barang dalam kereta. Then, terus pick up riri dekat office dan kami terus shoot ke Colmar Tropicale. Kami sampai pon dah 7pm dari Subang Jaya Ke Bukit Tinggi. Nasib baik jalan tak jem taw.
Sampai je kami terus check in. Cik abe book One Bedroom Suite King dan bilik kami di Blok Dahlia ( Betul2 depan swimming pool).
Untuk yang first time datang bercuti disini, masa korang check in tu tak payah bawak turun beg dulu. Korang pegi check in dulu, nanti korang dah tahu bilik korang dekat block mana, baru bawak turun barang. Nanti tak da la penat mengangkut beg jauh jauh.
Lepas check in hotel, kami pergi makan pulak dekat cafe area situ. Makanan mostly banyak western food.
Aktiviti waktu malam tu ada persembahan. Happening giler. Tak da sunyi je.. Time tu pon tak ramai lagi pengunjung. Maybe mostly orang check in hari sabtu. So kami pon jalan2 jela dekat situ sebelum naik bilik.
Bilik kami dapat tu besar. Tapi tak da gambar. Riri eksited sangat nak jalan dekat pekan sampai lupa nak snap gambar bilik. Tapi memang puas hati sangat. Bilik besar giler. Bilik air siap ada bath tub. Pastu ada ruang makan. Siap ada balcony yang menghadap gunung ganang.. So refreshing!!
4hb July (Day 2) - Sabtu
Breakfast yang disediakan di Colmar Tropical bukan gaya buffet macam selalu hotel lain buat. Kita kena order dan hanya ada 2 pilihan sahaja.
-Set A (malay style breakfast)
- Set B ( western style breakfast)
Macam riri prefer breakfast buffet. Ada banyak choice. Tapi ape kan daya, makan aje lah ape yang ada.
Then, lepas breakfast kami sambung jalan jalan di area situ dan amik gambar. Memang banyak gambar kami amik. Masa tu tak ramai sangat orang. Hanya pengunjung hotel sahaja yang ada. So memang best sangat amik gambar time ni. Ni la antara koleksi gambar gambar percutian kami.
Selesai ber photo shoot di pagi hari. Mika pon da bad mood nak tidur. So, kami pon balik bilik dulu bagi mika recharge energy😂
So nanti riri sambung part 2 ya.. See ya next post!
No comments:
Post a Comment