Tuesday, 29 September 2020

REVIEW: Stellar Putrajaya Hotel

Hi dan Assamualaikum semua.. Yeayy riri semakin rajin nak update blog. Ini sesuatu yang luar biasa.. Haha🀣

Ok harini riri nak review satu hotel di Putrajaya yang sangat AWESOMEEE!!! 😍

Btw, riri dan family check in Hotel ini pon sebab dekat Selangor masa tu ada masalah air (4 Sept2020-6 Sept 2020). So terpaksa lari ke tempat lain sebab memang tak da simpan air. Lagi la kami ni ada kecik, susah nanti nak buat susu la anak berak la. Kira Unplanned Short Vacation la niπŸ˜‚

Parking dekat Stellar Putrajaya Hotel ni Free je guyss.  

So Cik abe booking bilik Superior 2 bedroom. Ada 2 bilik. 1 bilik ada queen bed dan lagi satu bilik single bed. Sebab riri bawak mama riri sekali. So sangat selesa guyss..
Korang rasa macam duduk dekat rumah sendiri bila stay dekat Stellar Putrajaya Hotel ni.. 😊

Facilities kami dapat memang lengkap. Siap ada dapur, peti ais, kelengkapan memasak dan mesin basuh lagi taw. Kami memang masak je la. Dinner dan breakfast. Alaa korang masak simple2 je. Kalau tak nak masak pon boleh, kat bawah dekat dengan lobby ada Mcdonald. Lepas tu Alamanda Mall pon depan hotel je. Jalan kaki pon sampai dah. 😁

Swimming pool dia pon cantikk sangat. Tapi boleh mandi 45min je. Maybe sebab covid19 kan. Pastu kena pakai baju swimming dan tak boleh pakai baju biasa. 

Then, air swimming pool dia rasa macam air pantai sikit.. Masinnnn πŸ˜‚
Riri mandi kejap je la.. Sebab tak minat air masin masin ni. Lagipun kulit sensitif kalau mandi air masin.. Kang tak pasal pasal dok mengaru garu pulak.. 🀭
 
Ni la breakfast kami hari terakhir sebelum check out. Buat nasi goreng. Pastu sandwich sikit.. Kenyang giler pastu puas hati sebab masak sendiri kan🀭
RINGKASAN UNPLANNED VACATION

Hotel (2 night)     RM688.50
Makanan              RM 100. 00

Sekiann.. Jumpa next post yee😘

Tuesday, 15 September 2020

Percutian Di Colmar Tropical Bukit Tinggi (Part 2)❤️

Assalamualaikum dan hi guyss.  Jom sambung part 2 percutian kami. πŸ˜‡

Lebih kurang pukul 12tgh hari, mika da bangun kami terus plan nak ke Japanese Village, Botanical Garden, Rabbit park & Horse track. (Untuk guest hotel, tempat -tempat ni percuma tak payah bayar Entrance Fee)

Tapi nasib tak baik, kami tak dapat pergi sebab nak masuk ke Japanese Village & Botanical Garden dah penuh. Ruang parking sangat terhad. So kami plan ke Rabbit Park & Horse Track tapi tak jumpa tempatnya. Makanya kami pon balik ke kawasan Colmar Tropical.πŸ˜“

Daripada mereput dalam bilik, so kami pon jalan jalan di Colmar ni. Boleh amik gambar cantik cantik. Tapi hari Weekend memang ramai giler orang ye. Huhu
Then, kami pergi ke Dinasour Park. Entrance Fee RM15 seorang. Tak termasuk free passes yang hotel bagi taw. 

Apa yang ada dalam park tu hanya replika Dinasour. Sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil. Kawasan Dinasour Park pon tak la besar sangat. Saja bawak mika tengok replika Dinasour. Mika pon enjoy sangat. Suka dia tengok Dinasour dalam masa yang sama takut jugak..πŸ˜‚
Ni la antara gambar- gambar yang sempat riri tangkap.
 
Lepas pergi Dinasour Park, kami jalan pusing satu pekan Colmar Tropical. Suasana nyaman je. Tapi kalau dekat jambatan atau Entrance depan tu memang ramai giler orang. Tak sama macam pagi tadi. Nasib la kami dah bergambar dekat kawasan situ. So bagi riri, kalau korang prefer bercuti dengan suasana nyaman dan tak ramai orang, lebih baik korang pergi hari Weekdays.

Aktiviti malam pulak tak ada. Sebab hujan lebat. So kami anak beranak melayan tv je dalam bilik 🀭


5hb July (Day 3) - Ahad
Suasana di hari terakhir percutian kami. 

So pagi tu macam biasa lah. Kami pergi breakfast dulu dan lepas tu terus check out hotel sebab kami takut tak dapat masuk Japanese Village & Botanical Garden. Kami antara orang yang terawal sampai. Parking pon masih banyak kosong lagi. 

Nak naik ke tempat ni macam hiking sikit ya. Berbukit dan bertangga. So make sure pakai kasut dan baju yang bersesuaian taw. Kalau kena masa datang tu hari mendung, syok la. Masa riri datang tu panas terik. Nasib la pakai seluar so senang nak bergerak. Nak naik ke atas tu pon mengucap panjang. Tak pasal-pasal bakar kalori 300-500kcal. πŸ˜…

1) Japanese Village
Apa yang menarik dekat sini, korang akan rasa macam betul-betul dekat Kampung Jepun. Korang boleh sewa Kimono dan jalan-jalan di area kampung dengan pakaian. Sesuai jugak untuk yang nak bergambar dan feeling betul-betul macam dekat Jepun.
Kami tak sewa pon. Sebab ada anak kecik kan. Macam leceh je. Kami just amik gambar dan feeling macam dekat Jepun jerrr. Haha

2) Botanical Garden
Actually tak ada apa yang menarik sangat pon dekat sini. Bagi riri la.. Just ada banyak pokok-pokok dan ada sikit sejarah pasal pokok-pokok tu. Paling riri tak suka, masuk ke Garden ni kena turun ke bawah (turun tangga).Masa turun tu seronok la kan tengok-tengok pokok. Tapi bila nak naik balik tu, kena panjat tangga tinggi.  MasyaAllahhhh.. memang betul-betul bakar kalori weyy.
Kalau sape nak kurus cepat boleh datang sini.. hahaha πŸ˜†


Ringkasan Perbelanjaan (3hari 2Malam):

Hotel (termasuk Breakfast)   RM 525.00
Makan                                       RM 250.00++
Dinosour Park (rm15/pax)     RM 30.00
Souvenier- Fridge magnet      RM 30.00
7 Eleven - Roti/Mineral water RM 20.00 
Minyak tol                                 RM100.00+-
TOTAL                                       RM955.00++
         
Kesimpulannya, percutian yang singkat tapi seronok sangat. Terima Kasih Cik Abe belanja dan bawak jalan- jalan. Memang da lama riri target nak pergi sini tapi asyik tak kesampaian je. Tapi Alhamdulilah tahun 2020 tercapai jugak. 

InsyaAllah, next time kalau riri pegi bercuti, I will make sure I snap banyak gambar yeπŸ˜‚ sebab riri banyak amik video. Kenkonon nak buat video masuk utube. Tapi penyakit M datang.. Apoo pon tak boleh 😝
Bye guyss.. See u next post!

Percutian Di Colmar Tropical Bukit Tinggi (Part 1)❤️

Assalamualaikum & hi guysss.. Lama dah update blog. Mood "M" sudah mari apa pon tak boleh. 🀣

So, harini riri nak share pengalaman riri dan family bercuti di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang. Tempat percutian ala2 Perancis gitchuu.. Nak pegi Perancis betul-betul, belum mampu lagi so bercuti dekat Colmar ni pon jadik laaa..hehe

Percutian 3 hari 2 malam (3/7/2020-5/7/2020) ini ditaja oleh cik abe sebagai hadiah harijadi riri yang ke - 29.. Thank you sayang. Bukan biashe biashe yee cik abe nak taja percutian gini..😝

3hb July (Day 1) - Jumaat
Kami gerak lepas balik kerja. Kebetulan cik abe dapat balik half day haritu. So cik abe uruskan ambil anak dan masukkan barang dalam kereta. Then, terus pick up riri dekat office dan kami terus shoot ke Colmar Tropicale. Kami sampai pon dah 7pm dari Subang Jaya Ke Bukit Tinggi.  Nasib baik jalan tak jem taw.

Sampai je kami terus check in. Cik abe book One Bedroom Suite King dan bilik kami di Blok Dahlia ( Betul2 depan swimming pool). 

Untuk yang first time datang bercuti disini, masa korang check in tu tak payah bawak turun beg dulu. Korang pegi check in dulu, nanti korang dah tahu bilik korang dekat block mana, baru bawak turun barang. Nanti tak da la penat mengangkut beg jauh jauh.

Lepas check in hotel, kami pergi makan pulak dekat cafe area situ. Makanan mostly banyak western food.

Aktiviti waktu malam tu ada persembahan. Happening giler. Tak da sunyi je.. Time tu pon tak ramai lagi pengunjung. Maybe mostly orang check in hari sabtu. So kami pon jalan2 jela dekat situ sebelum naik bilik. 

Bilik kami dapat tu besar. Tapi tak da gambar. Riri eksited sangat nak jalan dekat pekan sampai lupa nak snap gambar bilik. Tapi memang puas hati sangat. Bilik besar giler. Bilik air siap ada bath tub. Pastu ada ruang makan. Siap ada balcony yang menghadap gunung ganang.. So refreshing!!

4hb July  (Day 2) - Sabtu

Breakfast yang disediakan di Colmar Tropical bukan gaya buffet macam selalu hotel lain buat. Kita kena order dan hanya ada 2 pilihan sahaja. 
-Set A (malay style breakfast) 
- Set B ( western style breakfast)

Macam riri prefer breakfast buffet. Ada banyak choice. Tapi ape kan daya, makan aje lah ape yang ada. 

Then, lepas breakfast kami sambung jalan jalan di area situ dan amik gambar. Memang banyak gambar kami amik. Masa tu tak ramai sangat orang. Hanya pengunjung hotel sahaja yang ada. So memang best sangat amik gambar time ni. Ni la antara koleksi gambar gambar percutian kami.

Selesai ber photo shoot di pagi hari. Mika pon da bad mood nak tidur. So, kami pon balik bilik dulu bagi mika recharge energyπŸ˜‚

So nanti riri sambung part 2 ya.. See ya next post!