Assalamualaikum dan hi guyss. Jom sambung part 2 percutian kami. π
Lebih kurang pukul 12tgh hari, mika da bangun kami terus plan nak ke Japanese Village, Botanical Garden, Rabbit park & Horse track. (Untuk guest hotel, tempat -tempat ni percuma tak payah bayar Entrance Fee)
Tapi nasib tak baik, kami tak dapat pergi sebab nak masuk ke Japanese Village & Botanical Garden dah penuh. Ruang parking sangat terhad. So kami plan ke Rabbit Park & Horse Track tapi tak jumpa tempatnya. Makanya kami pon balik ke kawasan Colmar Tropical.π
Daripada mereput dalam bilik, so kami pon jalan jalan di Colmar ni. Boleh amik gambar cantik cantik. Tapi hari Weekend memang ramai giler orang ye. Huhu
Then, kami pergi ke Dinasour Park. Entrance Fee RM15 seorang. Tak termasuk free passes yang hotel bagi taw.
Apa yang ada dalam park tu hanya replika Dinasour. Sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil. Kawasan Dinasour Park pon tak la besar sangat. Saja bawak mika tengok replika Dinasour. Mika pon enjoy sangat. Suka dia tengok Dinasour dalam masa yang sama takut jugak..π
Ni la antara gambar- gambar yang sempat riri tangkap.
Lepas pergi Dinasour Park, kami jalan pusing satu pekan Colmar Tropical. Suasana nyaman je. Tapi kalau dekat jambatan atau Entrance depan tu memang ramai giler orang. Tak sama macam pagi tadi. Nasib la kami dah bergambar dekat kawasan situ. So bagi riri, kalau korang prefer bercuti dengan suasana nyaman dan tak ramai orang, lebih baik korang pergi hari Weekdays.
Aktiviti malam pulak tak ada. Sebab hujan lebat. So kami anak beranak melayan tv je dalam bilik π€
5hb July (Day 3) - Ahad
Suasana di hari terakhir percutian kami.
So pagi tu macam biasa lah. Kami pergi breakfast dulu dan lepas tu terus check out hotel sebab kami takut tak dapat masuk Japanese Village & Botanical Garden. Kami antara orang yang terawal sampai. Parking pon masih banyak kosong lagi.
Nak naik ke tempat ni macam hiking sikit ya. Berbukit dan bertangga. So make sure pakai kasut dan baju yang bersesuaian taw. Kalau kena masa datang tu hari mendung, syok la. Masa riri datang tu panas terik. Nasib la pakai seluar so senang nak bergerak. Nak naik ke atas tu pon mengucap panjang. Tak pasal-pasal bakar kalori 300-500kcal. π
1) Japanese Village
Apa yang menarik dekat sini, korang akan rasa macam betul-betul dekat Kampung Jepun. Korang boleh sewa Kimono dan jalan-jalan di area kampung dengan pakaian. Sesuai jugak untuk yang nak bergambar dan feeling betul-betul macam dekat Jepun.
Kami tak sewa pon. Sebab ada anak kecik kan. Macam leceh je. Kami just amik gambar dan feeling macam dekat Jepun jerrr. Haha
2) Botanical Garden
Actually tak ada apa yang menarik sangat pon dekat sini. Bagi riri la.. Just ada banyak pokok-pokok dan ada sikit sejarah pasal pokok-pokok tu. Paling riri tak suka, masuk ke Garden ni kena turun ke bawah (turun tangga).Masa turun tu seronok la kan tengok-tengok pokok. Tapi bila nak naik balik tu, kena panjat tangga tinggi. MasyaAllahhhh.. memang betul-betul bakar kalori weyy.
Kalau sape nak kurus cepat boleh datang sini.. hahaha π
Ringkasan Perbelanjaan (3hari 2Malam):
Hotel (termasuk Breakfast) RM 525.00
Makan RM 250.00++
Dinosour Park (rm15/pax) RM 30.00
Souvenier- Fridge magnet RM 30.00
7 Eleven - Roti/Mineral water RM 20.00
Minyak tol RM100.00+-
TOTAL RM955.00++
Kesimpulannya, percutian yang singkat tapi seronok sangat. Terima Kasih Cik Abe belanja dan bawak jalan- jalan. Memang da lama riri target nak pergi sini tapi asyik tak kesampaian je. Tapi Alhamdulilah tahun 2020 tercapai jugak.
InsyaAllah, next time kalau riri pegi bercuti, I will make sure I snap banyak gambar yeπ sebab riri banyak amik video. Kenkonon nak buat video masuk utube. Tapi penyakit M datang.. Apoo pon tak boleh π
Bye guyss.. See u next post!